Thursday, January 14, 2016

Makanan Kucing dan Recommendations

Assalamualaikum,

Entry lepas bercerita pasal kucing. Kali ini kita sembang tentang makanannya pulak. Dah ada kucing, mesti ada makanannya. Huehuehue

Ada di antara kita beli makanan kucing di kedai runcit, supermaket, petshop, ada yang dapat ihsan derma atau ada yang beli ikan segar murah kat pasar. Makanan kucing ada dua jenis,
1. Dry food atau dipanggil kibbles
2. Wetfood
For me, kibbles wajib ada dalam bekas makanan. Kucing ni bukannya faham bahasa. Untunglah kalau kucing korang dapat kata 'I'm hungry, please feed me'. Hakikatnya yang keluar dari mulut kucing hanyalah 'nyanyau'. Because of language barrier, silalah pastikan dry food sentiasa ada dalam bekas 24 hours

Ini dia kategori-kateogri makanan kucing (untuk kibbles):

1. Holistik/Super premium
*Apa benda pulak holistik ni. Makanan kucing pun nak berholistik bagai.*
Kategori ni adalah yang paling mahal sebab tak campur streoids, gandum, soya, pewarna, by-products etc. Selalunya mengandungi at least 30% protein dari daging haiwan (macam ayam, kobau, rusa, itik, kambing, lombu etc). Untunglah kucing-kucing dapat makan daging.
Cara nak tau holistik ke tidak, tgk kat ingredients. First ingredients should be meat.
Contoh senarai ingredients:-

  • Orijen (Cats & Kitten): Fresh boneless chicken*, chicken meal, fresh boneless salmon*, turkey meal, fresh chicken liver*, herring meal,) *fresh tidak pernah dibekukan
  • Taste of the wilds (Canyon River Feline)Trout, ocean fish meal, sweet potatoes, potatoes, canola oil 
  • Acana (Wild Praire Cat & Kitten): Boneless chicken*, chicken meal, turkey meal, boneless turkey*, chicken fat
Kebiasaannya ditulis chicken meal as the 1st ingredients, pastikan ada 30%-80% protein dan dilabel sebagai Grain-free. Makanan kucing holistik hanya boleh didapati di petshop atau korang boleh order dari pembekal.


Inilah Orijen. Untuk kucing dewasa dan kittens


2. Premium
Makanan dalam kategori ni lagi murah dari holistik. Hanya mengandungi 30-33% protein. Dicampur gandum, soya, by-products. Senang kata ia tak dilabel sebangai grain-free. Dan tidak dicampur pewarna. Dengan syarat, 1st ingredients should be meat. Contoh premium brand:-
  • Blackwood (Adult Catfood): Chicken Meal, Brown Rice, Ground Grain Sorghum, Millet
  • Iams (Healthy Adult Original): Chicken, Chicken By-Product Meal, Corn Meal, Brewers Rice, Dried Beet Pulp
  • Royal Canin (Adult Fit 32) : Chicken meal, brown rice, corn, corn gluten meal, chicken fat
Premium cat food hanya boleh dibeli di petshop atau boleh order dari pembekal.

Royal Canin adult. Brand yang agak famous

3. Komersial
Kategori ini tak perlu diperkatakan lagi. Jenama yang biasa didengar dan senang didapati di supermarket mahupun kedai runcit. Ciri-ciri makanan kucing komersial adalah ia sentiasa diiklankan dimana-mana. Kebiasaanya, makanan ni hanya mempunyai 30% protein atau kurang, bahan-bahannya penuh dengan gandum, corn, by-products
Contoh brand komersial (menipu kalau korang tak pernah dengar):-
  • Whiskas (Chicken & Turkey flavour) : Poultry by product-meal (Source of Glucosamine & Chondroitin sulfate), Ground yellow corn, Ground wheat, Corn gluten meal, Soybean meal, Animal fat (Preserved with bha and citric acid)
  • Friskies 7: Ground yellow corn, corn gluten meal, chicken by-product meal, soybean meal
  • Prodiet Ocean Fish Dry: Fish Meal (Ocean Fish), Corn, Soybean Meal, Rice, Poultry Meal, Corn Gluten
Korang tak perlu bersusah payah call pembekal untuk place order. Pergi je kedai runcit berdekatan seperti 99 speed mart, tujuhsebelas, mydin. Jangan cari kat kedai kasut pulak. Tak pasal-pasal ada tapak kaki kat muka korang.


My POV & Recommendations

Antara 3 kategori kibbles di atas, nampak macam holistik paling terbaik untuk kucing kesayangan korang. Memang nampak terbaik sebab tak mengandungi fillers iaitu karbohidrat yang membuatkan kucing cepat kenyang. Kucing adalah haiwan karnivor yang sememangnya perlu makan daging/ikan. Nak bagi makan sayur, coklat, keju, minum air sirap (occasionally) pun boleh tetapi jangan lupa sentiasa bagi protein dari daging/ikan. Anggap kita tak makan seharian, badan dah menggelupur, macam tu la kucing bila tak dapat makan daging lebih 6 hari (untunglah perut kucing boleh tahan 6 hari). Tak semestinya makanan holistik bagus dan tak semestinya makanan komersial itu buruk untuk kucing. Sentiasa bagi minum air yang mencukupi untuk memudahkan sistem penghadaman dan elak dari dehydration.

Bukan semua orang mampu beli makanan premium apatah lagi holistik. Premium pun dah boleh buat gugur rambut inikan nak ke holistik. Sebelum membeli, check dulu label pada paket makanan. Paling rendah pun kandaungannya mesti 30% protein dan tidak ada warna. Kalau nampak kibbles tu semua warna coklat je, maknanya tak dicampur pewarna. Itulah selemah-lemah pilihan. Nak up sikit boleh tengok kat first ingredients must be chicken or chicken meal or something like that lar. Harga pun up sikit. Maybe between commercial and premium are the best choice.

Kita beralih pada wetfood pulak. Jangan bergantung pada kibbles je. Bagilah wetfood sehari sekali atau 2hari sekali. Wetfood yang paling best mestilah ikan segar atau ayam segar atau kobau segar atau lembu segar (aku pulak yang terliur) dari pasar. Untuk wetfood yang dijual dalam tin, aku boleh recommend 2 jenama yang elok dan affordable price: Qiut dan Maxwell. Dua jenama ni tak dipenuhi jelly. Rasanya takde jelly pun. Jenama lain pun ada yang elok macam Avoderm. Aku selalu beli Avoderm bila ada kucing sakit sebab penuh dengan isi ayam. Kelemahannya pricey.

Wetfood untuk kucing. Qiut & Maxwell

Semuanya bergantung pada bajet masing-masing. Aku harap informations yang disampaikan berguna dan terima kasih kerana membaca. Untuk maklumat lanjut boleh klik senarai dalam sumber rujukan.

Wassalam..

Sumber rujukan:
http://kucingterbiaranjingjalanan.blogspot.my/2013/03/pemilihan-kibbles-kucing.html
http://fairyley-mandaga.blogspot.my/2013/03/dapur-kucing.html
http://www.izyahya.com/2011/12/tips-memilih-makanan-kucing/
http://www.orijen.ca/products/cat-food/dry-cat-food/cat-kitten/
http://www.tasteofthewildpetfood.com/cat-formulas/canyon-river-feline-formula-with-trout-smoked-salmon/
http://acana.com/our-foods/regionals-cats/wild-prairie-cat-kitten/
http://blackwoodpetfood.com/recipes/everyday-adult-cat/
http://www.iams.com/cat-food/pro-active-health-chicken-cat-food
https://www.royalcanin.com/products/royal-canin-feline-health-nutrition-adult-fit-32-dry-cat-food/2520
http://www.whiskas.com/Products/Product/meaty-selections#ingredients
https://www.friskies.com/cat-food/dry-cat-food/friskies-7

3 comments:

  1. Ohhh...sy pernah guna wet food jenama quit ni...tp ramai cakap x elok bg selalu lah apa lah garam tggi lah....tp nmpk perbezaan kucing saya tmbh berat...adakah mmg bagus jenama quit ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. qiut la. hahaha. bagus sebab protein plg tinggi antara wetfood lain. jelly takde, penuh dgn isi. mmg kbykan wetfood byk garam. kibbles lagi byk garam mungkinlah kibbles yg mahal garamnya rendah sikit. galakkan kucing anda minum air dan exercise. maksudnya, biarkan kucing banyak bergerak, lompat sana sini.

      Delete